Selasa, 4 Jun 2019

Puteri Nur Balqis Qaisara

Bab 20

Balqis menunggu Ku Naz masuk selepas hampir 10minit Ku Naz keluar bersama-sama doktor tadi setelah memeriksa dirinya,akan tetapi pintu wad masih belum di tolak dari luar.


Selang setengah jam,"Maaf mengganggu Puan,masa untuk makan ubat yea,""Haaa... yea..yea...,""Kenapa Puan,Puan tak sihat lagi ker?""ta..ta..tak ada apa-apa nurse,"Mata Balqis masih memandang ke arah pintu.

Seakan mengerti,"Puan tunggu suami puan yea.Dia lepas jumpa doktor tadi ,ada beritahu saya minta tengokkan Puan.Dia nak beli makanan untuk Puan,takut Puan lapar,"Balqis terkejut."Baik suami Puan,tadi lepas solat saya nampak dia bacakan Yassin untuk Puan,dia langsung tak tidur sehingga Puan sedar,"Balqis hanya mampu memberikan senyuman kepada nurse tersebut.

Ketika Ku Naz memasuki bilik Balqis, Balqis tengah terlena. Di perhatikan raut wajah muka Balqis yang sedikit pucat. Perbagai persoalan bermain di fikiran Ku Naz sekarang nie.

"Awak....,""Awak dah sedar..nak  makan tak?saya belikan awak bubur,"Balqis mengelengkan kepalanya."Jangan macam tue, awak kena makan,nanti nak makan ubat,""Saya belum lapar lagi,tekak saya pahit,""Baiklah kalau nak makan bagitahu saya,saya ada dekat sini yea,""kenapa awak layan saya macam nie?"Ku Naz pandang wajah pucat Balqis.Tiada jawapan bagi persoalan Balqis, dia kelu untuk berbicara. Semalam bukan main marah lagi dia pada Balqis, tapi dia tidak tahu kenapa hari ini dia risau bila gadis ini tiba-tiba pengsan di depannya. Bukan kesian, tetapi dia merasakan itu tanggungjawabnya.

"Awak..awak...dengar tak saya Tanya?"Balqis melambai-lambai tangan di hadapan muka Ku Naz."Tak ada apa, tak payah fikir, awak rehat. Saya nak keluar sekejap". Ku Naz berlalu tanpa memandang muka Balqis. Balqis memerhati susuk tubuh lelaki di hadapannya tadi berlalu dalam keadaan terpinga-pinga.