Sabtu, 23 Ogos 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Bab 18

"Ya Allah,Balqis!!!Kenapa Nad?""Qis tiba-tiba pengsan bang,dia cakap dia letih,tercungap-cungap tadi,"

 
"Kita bawa Balqis ke hospital bang,risau kalau apa-apa hal.Tadi dekat rumah pun dia tak banyak cakap,muka pucat,"Ku Naz mula bimbang,walaupun dia masih belum boleh melupakan apa yang terjadi ke atas arwah abangnya, tetapi dia tetap risau keselamatan gadis di hadapannya.

Anggukan dari Hazwan melegakan Ku Naz."Bang,tukarlah seluar dulu,tak kan na pakai kain pelekat ke hospital,"Hazwan terkejut dengan sapaan isterinya,nasib isterinya menyedarkan keadaan dirinya ketika itu.

"Ku Naz,kamu tolong abang angkat Balqis ke sofa depan,abang tukar kain dulu,"Kelam kabut Hazwan masuk ke bilik.
 
Sementara menunggu Hazwan menukar pakaian, Ku Naz memandang gadis yang telah mencuri hati ahli keluarganya.Walaupun muka Balqis pucat,ibarat di toreh langsung tidak berdarah,tetapi keayuaan masih terserlah.Balqis memiliki muka putih bersih,bujur sirih,alis mata yang lentik dan yang penting Balqis memiliki lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.'Memang pandai abang memilih'Kata hati Ku Naz.

Hampir setengah jam,pintu bilik emergency masih belum menunjukkan tanda akan di buka."Lamanya bang,""Sabar Nad, doktor masih check lagi tu,"Hazwan memandang Ku Naz, dari tadi dia tak duduk diam,asyik duduk bangun sahaja.

"Ku Naz,bawak sabar,pening abang kamu duduk bangun macam ni,""Maaf bang,""Ku Naz, kamu janji dengan abang, kamu tolong jaga Balqis walau apa pun yang berlaku.Jika bukan sebagai isteri, sebagai seorang adik,seorang sahabat,"Ku Naz terkejut dengan permintaan Hazwan.

"Abang tahu semuanya,arwah ada beritahu abang,papa kamu juga ada beritahu abang. Abang tak salahkan kamu sukar terima Balqis,tapi abang harap sangat kamu boleh jaga dia.Dia nyawa abang,abang sayang dia,dia kurang kasih sayang sejak di lahirkan lagi," Ku Naz kelu untuk menjawab setiap kata-kata Hazwan.
 
Pintu bilik emergency terbuka dari dalam menyelamatkan Ku Naz dari masalah yang masih belum ada jalan penyelesaiannya.

Tiada ulasan: