Jumaat, 21 Februari 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Bab 7

Kata-kata abang sepupunya malam tadi bermain di fikiran Balqis pada pagi itu.Agak mustahil untuk Balqis menerima apa yang di terangkan kepadanya,tetapi surat arwah ibu dan fail-fail yang di serahkan kepadanya membuatkan hatinya runsing.'Mustahil aku anak dia, mustahil semua ni milik aku,sukar untuk aku percaya'detik hati Balqis.


"Qis, abang minta maaf kerana rahsiakan ini semua.Abang pikul amanah arwah ibu Qis, abang tidak berani untuk buka cerita ni sehingga Qis mencapai umur 26 tahun,"Balqis tahu minggu hadapan dia akan menyambut hari lahirnya,tetapi berita yang baru di terimanya membuatkan dia bertambah susah hati.

"Qis tak percaya semua ni abang Iwan, mustahil Qis boleh ada duit sebanyak ini dalam sekelip mata, mustahil Qis anak diorang.Qis ni anak luar nikah bang, Qis anak yang tak tahu siapa bapa,hanya ibu yang sudi jaga Qis, dialah ratu hati Qis bang,kak Nadia"Air mata yang mengalir terus megalir tanpa mahu berhenti.

"Jangan cakap macam tu Qis,abang tahu semua ni drastik untuk Qis terima, tetapi percayalah.Ada sesuatu di sebalik yang berlaku.Kita jumpa keluarga Qis yea sayang, abang nak nasib Qis terbela, abang tak nak orang lain permainkan Qis.Qis anak halal, Qis di lahirkan dalam keluarga yang sah taraf, cuma masalah keluarga sebabkan Qis tersisih"

"Betul cakap abang Iwan Qis, terlalu payah untuk abang Iwan menyimpan rahsia ni semua, dia mahu adiknya terbela,tidak di caci, di keji orang lagi.Qis ikutlah cakap abang,dah lama abang Iwan simpan semua ni, mereka pun dah akui kesilapan mereka""Tapi kak...""Please Qis...."Balqis memandang sayu abang sepupunya,Hazwan cuba untuk meraih simpatinya, untuk dia bersetuju dengan cadangan yang di berikan tadi.

Terlalu banyak rahsia yang masih belum di rungkaikan.Balqis terasa amat perit untuk menghadapi semua ini.Perlahan-lahan surat arwah ibunya di buka,


Balqis sayang,
          Maafkan ibu atas semua yang berlaku,ibu tahu terlalu sukar untuk Qis tempuh semua ini, tetapi ketahuilah sayang, semua ini ibu hadapi saat membawa kamu ke kampung ibu,di caci,di hina dan di keji oleh mereka di sekeliling.Tetapi ibu tahu, kamu anak yang baik, kamu anak halal dari keluarga yang berada cuma kamu kekurangan kasih sayang, kasih sayang keluarga juga sebabkan kamu berada bersama ibu di sini.

Cerita kamu terlalu baru untuk kamu ketahui, tidak selusuh surat ibu kepada kamu.Kamu anak bongsu keluarga berada di bandar sayang, ibu hanya seorang tukang masak sahaja di villa indah itu.Perkahwinan kedua orang tuamu adalah tanpa persetujuan dari nendamu, iaitu emak kepada ayahmu.Nendamu menentang keras perkahwinan ini kerana dia sudah mempunyai calon yang sesuai untuk bapamu.Tetapi bapamu menentang, cintanya terhadap ibumu lebih mendalam dari cinta ke atas pilihan emaknya.

Mereka berkahwin di luar negara, kamu juga lahir di luar negara, tetapi di daftarkan di sini kelahiran kamu kerana beberapa masalah yang berlaku.Ibu sertakan gambar ibubapamu yang sebenar, itu gambar mereka berkahwin di London setahun sebelum kelahiran kamu.

Puteri Nur Balqis Qaisara Tengku Megat Radhwan, seindah nama, semanis pekertimu sayang.Ibu bertuah, walaupun dikau di lahirkan dalam keluarga yang bermasalah, tetapi dikau seorang yang tabah,beebudi bahasa dan yang paling ibu kagumi dikau mewarisi ciri-ciri arwah nendamu, kuat dalam menghadapi semua ujian yang datang.
Qis, ibu mahu Qis berjumpa dengan ibu dan bapa Qis, jumpalah mereka, dengarlah segala yang tersurat dan tersirat di sebalik semua ini.Ibu hanya pemegang amanah untuk kamu anak, ibu mahu yang terbaik untuk kamu,kerana ibu tahu kamu berhak untuk tahu semua dan berhak untuk milikinya.Walaupun perit untuk kamu hadapi, tetapi kamu berhak ke atasnya.

Jadikan semua yang berlaku adalah sebahagian asam garam kehidupan kita.Ibu tidak ralat membesarkan kamu kerana kamu permata yang berharga untuk ibu.Janganlah kamu sedih untuk semua ini kerana kisah kamu sudah ibu khabarkan kepada arwah nenek dan datuk sebelum mereka meninggal dahulu.Segala sudah ibu ceritakan,mungkin ajal mereka awal di jemput OlehNya, kita tidak dapat menolak takdirNya.

Salam sayang dari ibumu.

Hampir renyuk surat arwah ibunya di tangan Balqis.Tiada kata dapat di gambarkan oleh Balqis ketika itu.
 


Tiada ulasan: