Rabu, 12 Februari 2014

Puteri Nur Balqis Qaisara

Bab 5 

"Ohh kamu berdua dah tak kerja dekat hotel tue lagi, padanlah last 3 years saya ke sana tak jumpa kamu berdua""Saya dah dapat kerja dekat sini Ku Nir, kebetulan Nadia pun ada apply kerja dekat sini, tu yang kami pakat berpindah.Lagi pun tak lama lagi nak kahwin, so kami pilih biarlah kami berdua di sini saja""Congratulation, akhirnya.."Nadia tersenyum,"Berkat doa Ku Nir juga, asyik usik-usik saya dengan Nadia dulu"Nirwan ketawa.
"Qis, malam ni Qis free tak?"Iwan bertanya kepada adiknya, tujuan utama dia datang dari Shah Alam ke PJ untuk berjumpa adiknya."Free, kenapa yea?""Abang jumpa adik malam ni, abang ambil adik malam nanti, ada hal sikit abang nak bincangkan"Balqis pelik, macam ada sesuatu yang besar membebankan abangnya. Iwan membuat muka biasa sahaja.

"Hazwan, saya cakap sikit boleh?"Iwan memandang Ku Nir,"Saya minta izin berkawan dengan adik kamu"Balqis terkejut mendengar kata-kata lelaki yang baru di kenalinya itu,"Saya tak kisah Ku Nir, tapi kena tanya tuan badannya dulu, boleh Balqis?"3 pasang mata memandang kepadanya,berubah muka Balqis dengan persetujuan abang sepupunya.

"Adik saya ni pemalu Ku Nir, tapi kalau berkawan tak kisah.Tapi Ku Nir jangan main-mainkan dia yea, dia ni kesayangan saya tau, sakit dia, sakit saya.Ini jantung saya""Wow...sampai macam tu sekali""Yea Ku Nir, saya yang jaga dia sejak dulu,"Ku Nir menganggukkan kepalanya.

"Jangan risau dik, Ku Nir ni baik orangnya, tak salah kita berkawan, biar ramai.Jangan sibuk jer 24 jam, nanti akak pening tengok adik mengadap rekaan adik tue jer"Ulas Nadia."Rekaan?""Adik saya ni pereka fesyen dekat akademi tue Ku Nir, baru lagi bekerja""Ohhh saya ingat dia model"Iwan dan Nadia ketawa mendengar kata-kata Ku Nir, Balqis tersenyum sahaja.

"Oklah dik abang gerak dulu, abang jumpa malam nanti,takut lewat sampai ke office""Kamu kerja di mana sekarang Hazwan?""Radh Holding Corperation Ku Nir""Ehh itu company kawan papa saya, nanti bila saya ke sana saya jumpa kamu"Iwan menganggukkan kepalanya dan meminta diri.

"Maaf, saya juga minta diri dulu,ada kerja perlu di siapkan""Rasa saya awak ada setengah jam lagikan masa lunch, kita borak-borak dulu boleh?Lagipun makanan awak pun belum habis lagi kan, tak baik membazir?"Balqis serba salah.

"Jangan risau, just borak jer, saya pun akan ke akademi lepas ni, ada meeting dengan bahagian projek amal, pukul 3 nanti""Projek amal?""Yea, bulan depan company saya ada pertunjukkan amal untuk bantu anak-anak yatim,kami buat pertunjukkan fesyen sebagai salah satu acara,nanti rekaan tersebut akan di peragakan dan duitnya akan di dermakan ke rumah anak yatim dan sebahagiannya kepada pereka,""Projek Amal Titian Kasih Rekaan Muslimah ker""Yea,mana awak tahu?Awak salah seorang pereka tue ker?"Balqis menganggukkan kepalanya.

"Saya tak tahu, maaf""Tak ada apa perlu di maafkan""Wahhh..tak sangka saya dapat berjumpa dengan pereka yang berkaliber, papa saya bagitahu pertama kali melihat rekaan awak, dia teramat gembira, nilai-nilai islamik yang awak letak dalam rekaan tersebut membuatkan rekaan tersebut bernilai tinggi""Terlalu tinggi pujian tersebut, saya biasa-biasa saja""Papa saya yang cakap tau, saya belum tengok lagi rekaan awak, tak sabar saya nak tengok"Balqis tersenyum.

"Dah 2.30, saya rasa better kita ke akademi.Saya juga terlibat meeting nanti""Ohh yea ker, nampaknya jodoh saya untuk berkawan dengan awak di permudahkan"Balqis tersenyum memandang lelaki di depannya.Mereka berjalan beriringan ke bangunan akademi yang tidak jauh dari restoran mereka menjamu selera.

Tiada ulasan: